Pernahkah kita terfikir sejenak,,siapalah kita di sisi Allah yang Maha Agung,Yang Maha Menguasai Langit dan bumi sehinggakan Allah Tuhan Semesta Alam begitu kasih dan sayang kepada diri kita yang penuh dengan kekurangan dan sudi menerima kita seadanya..Masyaallah..sedangkan kita begitu asyik melayan kerenah nafsu sehinggakan bertemu denganNYA sengaja dilewat-lewatkan dan mungkin kita tidak sudi bertemu denganNYA..Mengapa kita mesti jadi begini?
Sebenarnya kita sebagai manusia sangat tidak bersyukur kerana tidakkah kita terfikir apa yang ada pada diri kita ini adalah hanya PINJAMAN semata-mata?Mata,hidung,telinga,tangan,kaki dan segala anggota tubuh kita adalah PINJAMAN kepada kita.Semua ini bukanlah milik kita selama-lamanya.Mengapa mesti kita tidak bersyukur wahai saudara-saudara islamku.Mengapa?Adakah sukar bagi kita untuk hanya mengerjakan solat 5 kali sehari?Hanya 5 kli sehari saudaraku.Sedangkan Allah telah memberi kita berbagai-bagai nikmat untuk kita.Mata kita melihat blog dan facebook juga pinjaman Allah.Tangan kita yang digunakan untuk menaip di facebook juga pinjaman dari Allah.Rupa paras kita yang cantik dan handsome yang dijadikan profile picture dalam facebook juga pinjaman Allah saudara.Semuanya adalah pinjaman.Tetapi mengapa Allah pinjamkan kepada kita?Untuk apa?
Pernahkah kita terfikir atau kita tidak mengambil endah semua itu?"Ala,,asal aku jadi alim sangat ni..tak yah fikir la semua tu..aku ni x la jahat sgt..solt aku buat apa..x buat pun dosa besar cam minum arak semua tu..X yah aku dah ok da ni..islam tu suruh bersederhana x yah teruk sangat..biase2 dah la..ala dosa sikit je pakai baju ketat x buat zina pun..sikit je pun aku cuci mata..pndang je pun bukn ngurt.."
Sebagai seorang yang beragama islam,,kita perlu tahu islam itu adalah mnyeluruh yang bermaksud kita perlu terjun ke dalam islam kesuluruhannya bukannya main cedok-cedok..Ada ajaran islam yaang kita ingin laksanakan dan ada ajaran islam yang kita tidak ingin laksanakan seperti mata yang digunakan untuk melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya..Bukankah apa yang telah diberi Allah kepada kita adalah nikmatNYA kepada kita?Jika kita tidak menggunakan nikmat yang diberi kepada kita kearah kebaikan bukankah itu dipanggil kufur nikmat?
Allah telah berfiman di dalam Al-Quran dalam surah Al-Ankabut ayat 66..Biarlah mereka menigingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran).Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya).
Sebagai seorang manusia pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.Saya juga seorang penganut agama islam yang tidak sempurna dirinya tetapi saya sedang membaiki diri..Marilah kita berlumba-lumba mengerjakan perkara yang baik bukannya perkara yang jahat.Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 133.."Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."
No comments:
Post a Comment