Wednesday, May 2, 2012

Hidup Ini Akan lebih Bererti Jika Kau Disisiku..

"Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajamu,,Dan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu,Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku kucup tanganmu,moga mengalir keberkatan dalam hidupku untuk mengikut jejak langkah mu.Ya Rasulullah Ya Habiballah,Tak pernah ku tatap wajahmu,Ya Rasulullah Ya Habiballah,Kami Rindu padamu..."
 Sudah beribu tahun rasulullah telah tinggalkn kita,,ajaran yang dibawa bukti kasih sayangnya untuk kita.Jerih perih baginda berdakwah dan segalanya adalah untuk kebahagian 'umati,umati,umati' sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud umatku,umatku,umatku..Kasih sayang rasulullah kepada umatnya dapat dilihat daripda peristiwa kewafatan baginda.


 Ketika jibrail mengadap baginda Rasulullah SAW,,Rasulullah dalam keadaan yang lemah tubuhnya.Pada ketika itu,Rasulullah bertanya kepada jibrail,


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

  Subhanallah,betapa kasihnya Rasulullah kepda diri kita..Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan baginda jika baginda melihat keadaan umat islam pada hari ini?Pernahkah kita terfikir,jika kita diberi peluang berjumpa dengan Rasulullah,,adakah kita berani berhadapan dengan baginda setelah kita begitu liat untuk mengikut sunnahnya??Wahai saudara islamku,,kelakuan kita pada hari ini seolah-olah kita tidak menghayati dan menghargai perjuangan baginda Rasulullah pada suatu masa ketika dahulu..TAhukah kita tentang kisah dakwah Baginda di Taif?BAginda telah mengetuk setiap rumah di Taif mengharapkn ada penduduk di Taif yang ingin memeluk islam dan mendengar dakwah baginda..Tetapi,,apa yang Baginda terima daripada mereka hanyalah kata-kata keji dan Baginda dibaling dengan benda..Sehinggakan Zaid yang menyaksikan kejadian tersebut cuba menghalang diri Baginda daripada terkena barang yang dibaling oleh penduduk Taif ketika itu..Sehinggakan kedengaran seperti Baginda dan Zaid berlari di tempat yang basah kerana percikan bunyi lecak yang di dalam kasut Baginda dan Zaid.Sebenarnya bunyi itu bukanlah kerana terdapat lopak air disitu,,tetapi darah yang mengalir telah masuk ke dalam kasut mereka sehingga kedengaran bunyi percikan air di dalam..Itulah darah....Darah manusia yang sangat mulia..Subhanallah..Kejamnya kita...

 Masih ingatkah kita tentang wasiat Rasulullah?
 
 "Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku."

 Allah telah berfirman di dalam Al-Quran,dalam surah Al-An'am,ayat 33,, "Sungguh,Kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad),(janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka tidak  mendustakan engkau,tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.."

 Sanggupkah kita melihat manusia yang paling mulia bersedih hati kerana tingkah laku kita??Tetapi mengapa mesti Rasulullah bersedih kerana kita sedangkan Baginda kekasih Allah??Kerana Baginda sayangkan kita saudara-saudaraku..Baginda Rasulullah SAW sayangkan kita..bukan hanya sayang..Tetapi Baginda sangat sayangkan kita..Adakah kita juga menyayangi Baginda seperti Baginda kasihkan kita? 

 

Tuesday, May 1, 2012

Siapalah kita di sisiNYA.

  Allah berfirmn di dalam Al-quran dalam surah An-Nisa ayat 110.."Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya,kemudian dia memohon ampunan kepada Allah,necaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang." Sungguh indah kata-kata Allah kepada hambanya yang dicoretkan di dalam surat cintanya kepada kita.Masyaallah..

   Pernahkah kita terfikir sejenak,,siapalah kita di sisi Allah yang Maha Agung,Yang Maha Menguasai Langit dan bumi sehinggakan Allah Tuhan Semesta Alam  begitu kasih dan sayang kepada diri kita yang penuh dengan kekurangan dan sudi menerima kita seadanya..Masyaallah..sedangkan kita begitu asyik melayan kerenah nafsu sehinggakan bertemu denganNYA sengaja dilewat-lewatkan dan mungkin kita tidak sudi bertemu denganNYA..Mengapa kita mesti jadi begini?
Sebenarnya kita sebagai manusia sangat tidak bersyukur kerana tidakkah kita terfikir apa yang ada pada diri kita ini adalah hanya PINJAMAN semata-mata?Mata,hidung,telinga,tangan,kaki dan segala anggota tubuh kita adalah PINJAMAN kepada kita.Semua ini bukanlah milik kita selama-lamanya.Mengapa mesti kita tidak bersyukur wahai saudara-saudara islamku.Mengapa?Adakah sukar bagi kita untuk hanya mengerjakan solat 5 kali sehari?Hanya 5 kli sehari saudaraku.Sedangkan Allah telah memberi kita berbagai-bagai nikmat untuk kita.Mata kita melihat blog dan facebook juga pinjaman Allah.Tangan kita yang digunakan untuk menaip di facebook juga pinjaman dari Allah.Rupa paras kita yang cantik dan handsome yang dijadikan profile picture dalam facebook juga pinjaman Allah saudara.Semuanya adalah pinjaman.Tetapi mengapa Allah pinjamkan kepada kita?Untuk apa?

  Pernahkah kita terfikir atau kita tidak mengambil endah semua itu?"Ala,,asal aku jadi alim sangat ni..tak yah fikir la semua tu..aku ni x la jahat sgt..solt aku buat apa..x buat pun dosa besar cam minum arak semua tu..X yah aku dah ok da ni..islam tu suruh bersederhana x yah teruk sangat..biase2 dah la..ala dosa sikit je pakai baju ketat x buat zina pun..sikit je pun aku cuci mata..pndang je pun bukn ngurt.."


  Sebagai seorang yang beragama islam,,kita perlu tahu islam itu adalah mnyeluruh yang bermaksud kita perlu terjun ke dalam islam kesuluruhannya bukannya main cedok-cedok..Ada ajaran islam yaang kita ingin laksanakan dan ada ajaran islam yang kita tidak ingin laksanakan seperti mata yang digunakan untuk melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya..Bukankah apa yang telah diberi Allah kepada kita adalah nikmatNYA kepada kita?Jika kita tidak menggunakan nikmat yang diberi kepada kita kearah kebaikan bukankah itu dipanggil kufur nikmat?
Allah telah berfiman di dalam Al-Quran dalam surah Al-Ankabut ayat 66..Biarlah mereka menigingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran).Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya). 

  Sebagai seorang manusia pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.Saya juga seorang penganut agama islam yang tidak sempurna dirinya tetapi saya sedang membaiki diri..Marilah kita berlumba-lumba mengerjakan perkara yang baik bukannya perkara yang jahat.Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 133.."Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."