Wednesday, May 2, 2012

Hidup Ini Akan lebih Bererti Jika Kau Disisiku..

"Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajamu,,Dan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu,Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku kucup tanganmu,moga mengalir keberkatan dalam hidupku untuk mengikut jejak langkah mu.Ya Rasulullah Ya Habiballah,Tak pernah ku tatap wajahmu,Ya Rasulullah Ya Habiballah,Kami Rindu padamu..."
 Sudah beribu tahun rasulullah telah tinggalkn kita,,ajaran yang dibawa bukti kasih sayangnya untuk kita.Jerih perih baginda berdakwah dan segalanya adalah untuk kebahagian 'umati,umati,umati' sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud umatku,umatku,umatku..Kasih sayang rasulullah kepada umatnya dapat dilihat daripda peristiwa kewafatan baginda.


 Ketika jibrail mengadap baginda Rasulullah SAW,,Rasulullah dalam keadaan yang lemah tubuhnya.Pada ketika itu,Rasulullah bertanya kepada jibrail,


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

  Subhanallah,betapa kasihnya Rasulullah kepda diri kita..Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan baginda jika baginda melihat keadaan umat islam pada hari ini?Pernahkah kita terfikir,jika kita diberi peluang berjumpa dengan Rasulullah,,adakah kita berani berhadapan dengan baginda setelah kita begitu liat untuk mengikut sunnahnya??Wahai saudara islamku,,kelakuan kita pada hari ini seolah-olah kita tidak menghayati dan menghargai perjuangan baginda Rasulullah pada suatu masa ketika dahulu..TAhukah kita tentang kisah dakwah Baginda di Taif?BAginda telah mengetuk setiap rumah di Taif mengharapkn ada penduduk di Taif yang ingin memeluk islam dan mendengar dakwah baginda..Tetapi,,apa yang Baginda terima daripada mereka hanyalah kata-kata keji dan Baginda dibaling dengan benda..Sehinggakan Zaid yang menyaksikan kejadian tersebut cuba menghalang diri Baginda daripada terkena barang yang dibaling oleh penduduk Taif ketika itu..Sehinggakan kedengaran seperti Baginda dan Zaid berlari di tempat yang basah kerana percikan bunyi lecak yang di dalam kasut Baginda dan Zaid.Sebenarnya bunyi itu bukanlah kerana terdapat lopak air disitu,,tetapi darah yang mengalir telah masuk ke dalam kasut mereka sehingga kedengaran bunyi percikan air di dalam..Itulah darah....Darah manusia yang sangat mulia..Subhanallah..Kejamnya kita...

 Masih ingatkah kita tentang wasiat Rasulullah?
 
 "Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku."

 Allah telah berfirman di dalam Al-Quran,dalam surah Al-An'am,ayat 33,, "Sungguh,Kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad),(janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka tidak  mendustakan engkau,tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.."

 Sanggupkah kita melihat manusia yang paling mulia bersedih hati kerana tingkah laku kita??Tetapi mengapa mesti Rasulullah bersedih kerana kita sedangkan Baginda kekasih Allah??Kerana Baginda sayangkan kita saudara-saudaraku..Baginda Rasulullah SAW sayangkan kita..bukan hanya sayang..Tetapi Baginda sangat sayangkan kita..Adakah kita juga menyayangi Baginda seperti Baginda kasihkan kita? 

 

No comments:

Post a Comment